Perhilitan sedia RM1.3j bina pagar elektrik

Petikan daripada Utusan Malaysia, 12 Januari 2011

LABIS 12 Jan. - Masalah pencerobohan gajah liar yang sering berlaku di kawasan kebun berhampiran Kampung Tenang di sini, dijangka dapat diatasi dengan kewujudan pagar elektrik yang bakal beroperasi sepenuhnya tahun ini.

Ia bukan sekadar dapat melindungi Kampung Tenang sahaja tetapi pagar elektrik sepanjang kira-kira 21 kilometer itu akan turut melindungi Felda Redong sehingga ke kawasan ladang North Labis.

Dengan peruntukan kira-kira RM1.3 juta, pembinaan pagar elektrik di bawah seliaan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) tersebut sudah pun selesai, tetapi difahamkan ia belum beroperasi kerana sistem penyelenggaraannya perlu diperincikan lagi.

Ketua Kampung Tenang, Mohd. Pu'ad Ahmad berkata, langkah kerajaan membina pagar elektrik tersebut adalah amat dialu-alukan kerana penduduk kampung sebelum ini mengalami banyak kerugian wang ringgit akibat kemusnahan kebun kelapa sawit dan getah angkara gajah liar.

"Projek membina pagar elektrik ini bermula pada awal tahun lalu dan berjaya disiapkan pada sekitar bulan Disember lepas.

"Pagar yang dibuat adalah setinggi kira-kira 1.5 meter dan direntangi tiga wayar yang akan dialirkan dengan arus elektrik bagi mencegah pencerobohan gajah ke kawasan ladang, kebun dan kampung," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Menurut Mohd. Pu'ad, rekod menunjukkan sebanyak 12 ekor gajah liar berjaya ditangkap berhampiran Kampung Tenang dua tahun lalu oleh Jabatan Perhilitan yang kemudian dipindahkan ke lokasi lain.

"Bayangkanlah, orang kampung memerah keringat mengusahakan pokok kelapa sawit seluas tiga hektar, tetapi disebabkan serangan gajah hanya 15 batang anak pokok yang tinggal.

"Dan seingat saya juga, ada dua penduduk kampung maut akibat diserang gajah dan dua lagi cedera parah kerana insiden yang sama," katanya.

Jelas Mohd. Pu'ad, usaha kerajaan untuk mendirikan pagar elektrik tersebut adalah langkah yang cukup bijak bagi memastikan kelangsungan pembangunan di kawasan luar bandar di samping memastikan kepentingan alam semula jadi terus terpelihara.


Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_03.htm

Comments

  1. Lucky Club Casino Site: The Top Site for All Slots & Games
    Play our exciting slots games and get €50 bonus luckyclub & 200 FREE SPINS with our No Deposit Bonus. Play our exciting slots games for free.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SENARAI BARANG DAN HARGA

PEMASANGAN PAGAR GAJAH