Pengenalan Pagar Elektrik Untuk Pertanian

Penggunaan pagar elektrik untuk tujuan melindungi tanaman dan ternakan di Malaysia masih baru dan penggunaannya tidak begitu meluas. Penggunaan alatan ini telah lama digunakan di luar negara khususnya dalam bidang ternakan lembu. Di New Zealand, penggunaan alatan ini telah lama digunakan dan penggunaannya cukup memberi kesan yang agak besar dalam bidang perternakan lembu. Penggunaan alatan ini di sana adalah bertujuan untuk mengelakkan binatang ternakan keluar daripada kawasannya. Hal ini kerana penggunaan pagar berdawai seperti kawat duri tidak mampu untuk menghalang ternakan ini daripada keluar dari kawasannya tetapi dengan penggunaan pagar elektrik ini mampu menghalang ternakan ini keluar dari kawasannya dan ini boleh menjimatkan kos perbelanjaan, masa dan tenaga.

Penggunaan pagar elektrik  untuk tujuan melindungi kawasan tanaman ada sangat sesuai dan efektif untuk mengelakkan binatang-binatang besar seperti lembu, kambing, anjing dan khinzir daripada memasuki kawasan pertanian atau tanaman dan sekaligus dapat mengelakkan tanaman ini daripada dirosakkan oleh haiwan tersebut. Penggunaannya lebih menjimatkan kos, masa dan tenaga berbanding menggunakan pagar kawat berduri, pukat dan sebagainya yang biasa digunakan oleh sebilangan besar petani di sini.

OBJEKTIF


1. Mengelakkan daripada kawasan tanaman di masuki oleh binatang besar yang boleh merosakkan tanaman.
2. Mengelakkan haiwan peliharaan keluar daripada kawasannya.
3. Menjimatkan kos penyelenggaraan pagar tanaman.
4. Menjimatkan masa dan tenaga kerana penyelenggaraannya cukup mudah.
5. Pemasangan boleh dilaksanakan dalam dua keadaan sama ada untuk pemasangan kekal atau boleh alih.





Comments

  1. Salam,

    Saya ada tanah lebih kurang 2 ekar setengah. Niat nak tanam pisang. Tapi tanah tersebut dekat dengan hutan. Pagar elektrik boleh elak ker masalah babi hutan?

    ReplyDelete
  2. Salam...sy nk tanya berkenaan energizer patriot@Ler ade warantty...1-2thn..bleh sy tahu warannty dr segi ape?lg satu sy nk tanya klau kena kilat ade warantty ke...klau guna arus eletrik dr rumah?
    Anissa
    anissa110998@gmail.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SENARAI BARANG DAN HARGA

PEMASANGAN PAGAR GAJAH