Bagaimana Pagar Elektrik Ini Berfungsi??

Pemasangan pagar elektrik ini biasanya dipasang dengan sekurang-kurangnya 3 jalur dawai khas (Poly wire) mengelilingi kawasan tanaman atau ternakan. Semua jenis binatang yang datang menyentuh dawai khas tersebut akan mendapat kejutan/renjatan elektrik yang rendah. Kejutan atau renjatan ini tidak bahaya kerana ia hanya membawa arus yang rendah. kejutan atau renjatan ini akan membuatkan haiwan tersebut takut untuk menghampirinya. Arus elektrik yang rendah ini mengalir dalam dawai tersebut di mana arus dihantar 3 saat sekali.

Sistem ini berfungsi dengan:
  1. Arus elektrik akan dialirkan oleh alat yang dipanggil ENERGIZER yang disambung pada jalur wayar yang mengeliling kawasan tanaman atau ternakan tersebut. Punca kuasa energizer ini adalah daripada bateri 12volt (N60/N70) ataupun terus daripada punca elektrik menggunakan adaptor khas.
  2. Arus akan dihantar pada jalur dawai tersebut tiga saat sekali.
  3. Haiwan yang menyentuh jalur dawai ini akan mendapat kejutan/renjatan eletrik yang rendah (tidak membahayakan) melalui sistem elektrik yang asas iaitu haiwan yang berpijak di atas tanah akan menerima renjatan ini. Rujuk gambar di bawah.

Comments

Popular posts from this blog

SENARAI BARANG DAN HARGA

PEMASANGAN PAGAR GAJAH