Posts

Showing posts from October, 2011

Perhilitan sedia RM1.3j bina pagar elektrik

Petikan daripada Utusan Malaysia, 12 Januari 2011 LABIS 12 Jan. - Masalah pencerobohan gajah liar yang sering berlaku di kawasan kebun berhampiran Kampung Tenang di sini, dijangka dapat diatasi dengan kewujudan pagar elektrik yang bakal beroperasi sepenuhnya tahun ini. Ia bukan sekadar dapat melindungi Kampung Tenang sahaja tetapi pagar elektrik sepanjang kira-kira 21 kilometer itu akan turut melindungi Felda Redong sehingga ke kawasan ladang North Labis. Dengan peruntukan kira-kira RM1.3 juta, pembinaan pagar elektrik di bawah seliaan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) tersebut sudah pun selesai, tetapi difahamkan ia belum beroperasi kerana sistem penyelenggaraannya perlu diperincikan lagi. Ketua Kampung Tenang, Mohd. Pu'ad Ahmad berkata, langkah kerajaan membina pagar elektrik tersebut adalah amat dialu-alukan kerana penduduk kampung sebelum ini mengalami banyak kerugian wang ringgit akibat kemusnahan kebun kelapa sawit dan getah angkara gajah